Alhamdulillah,
secara keseluruhannya kami menganggap bahawa PdP ini berjaya. Ini kerana 90%
murid iaitu 22 daripada 24 orang murid Berjaya mencapai objektif pembelajaran
yang dirancang. Diantara kekuatan yang dikenalpasti ialah suara guru yang jelas
membolehkan murid-murid memahami arahan dengan mudah.Guru juga mempraktikkan
pengajaran berpusatkan murid dimana ia dilihat sebagai sesuatu yang rasional
bagi memilih strategi pengajaran yang digunakan. Ini kerana pengajaran
berpusatkan murid merangsang murid untuk aktif dalam mengambil bahagian semasa
PdP dilaksanakan. Murid juga saling berkomunikasi, dan berusaha untuk maju.
Suasana
komunikasi yang baik antara guru dengan
murid dapat menjayakan objektif yang hendak dicapai.Unsur-unsur jenaka
dan kecindan yang diselitkan dapat mengurangkan situasi tegang dan tekanan
kepada murid.Nilai murni turut diselitkan untuk melahirkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segala aspek.Penggunaan masa yang panjang juga dapat membantu
proses PdP berjalan dengan lancer. Secara tidak langsung guru berpeluang
memantau aktiviti pembelajaran murid terutamanya aktiviti dalam kumpulan.
Disebalik
kekuatan PdP ini, terselit juga kelemahan yang boleh dilihat. Kelemahan yang
ketara ialah dari aspek penyediaan lembaran kerja untuk penilaian murid.
Lembaran kerja untuk aktiviti pengayaan bagi murid yang cerdas terlalu
mudah.dan mereka dapat menyelesaikannya dengan cepat. Keadaan ini membuatkan mereka berasa bosan dan wujud
ruang untuk berbuat bising dan mengusik rakan-rakan yang lain.
Selain
itu, penglibatan murid yang aktif juga menyebabkan kelas agak bising kerana
masing-masing bersaing untuk menarik perhatian guru serta mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Untuk
mengatasi kelemahan ini, pada pandangan kami, guru perlu bijak memainkan
peranan serta peka dengan setiap perlakuan murid. Guru perlu sentiasa memantau
murid dan sekiranya perlu murid-murid yang tidak mendengar arahan perlu diberi
hukuman agar semua murid berwaspada dan memberi komitmen semasa guru
mengajar.Dari segi latihan pula, guru perlu menyediakan latihan yang mencabar
mengikut aras pemikiran murid. Dengan cara ini, murid yang cerdas tidak akan
berasa bosan.
No comments:
Post a Comment