bunga

BBM


AKTIVITI  1

Tajuk : Monyet Yang Pintar

Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu.

          “Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi,” kata kambing tua kepada rakan-rakannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya.

          Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh.
“ Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari.” Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.

          Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah.

          “ Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.”
          “Tapi bagaimana, kijang?” sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi.
“Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama,” kata monyet dengan berapi-api. Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu.

          “Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?” herdik singa.

          “Ma…ma…maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja,” sembah monyet pura-pura ketakutan.

          “Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!” kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet.

          Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, “Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku,” monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya.

          Semenjak hari itu, binatang-binatang lain di hutan hidup dengan aman dan bahagia. 


AKTIVITI  2






































AKTIVITI  3

Bilangan

Watak

Perwatakan

Contoh
1
singa
ganas
Mahu makan binatang lain di hutan



















AKTIVITI 4

   Maksud Simpulan Bahasa

1. Cari Jalan       : Berikhtiar Melakukan Sesuatu Perkara

2. Naik Darah    : Terlalu Marah 

3. Beri Muka      : Memanjakan

4. Ada Hati       : Mempunyai Keinginan

5. Ada Jalan       : Ada Jalan Untuk Menyelesaikan Sesuatu Perkara

PENGAYAAN

SIMPULAN BAHASA  MENGGUNAKAN PERKATAAN “HATI”

      1.     BUAH HATI

      2.     KECIL HATI

      3.    BESAR HATI 

      4.    MAKAN HATI

      5.         JATUH HATI

      6.    JAUH HATI

      7.    PATAH HATI 

      8.    HANCUR HATI

      9.    KERAS HATI

No comments:

Post a Comment